Pengenalan
Wasiat merupakan dokumen penyelesaian pusaka berbentuk arahan kepada Wasi untuk menyempurnakan segala hasrat Pewasiat termasuklah melaksanakan segala strategi perancangan dan pengagihan harta selepas kematian.
Syarat-syarat Wasiat Islam
- Pembahagian harta pusaka boleh dibuat dengan wasiat kepada bukan waris dan ahli waris yang terlindung daripada menerima harta pusaka melalui Faraid
- Hanya satu pertiga daripada baki harta selepas ditolak segala hutang yang masih belum diselesaikan boleh diwariskan. Dua pertiga daripada harta Pewasiat adalah merupakan hak ahli waris menurut Hukum Faraid.
- Pewasiat boleh mewasiatkan hartanya melebihi satu pertiga sekiranya semua ahli waris bersetuju dengan pembahagian tersebut selepas kematian Pewasiat.
Syarat-syarat Wasiat Bukan Islam
- Pembahagian harta pusaka boleh dibuat melalui wasiat mengikut hasrat dan keinginan Pewasiat kepada sesiapa sahaja yang dikehendaki.
- Tanpa dokumen Wasiat, harta pusaka akan dibahagikan mengikut Akta Pembahagian 1958.
Penulisan, Penyimpanan & Perlaksanaan
- Amanah Raya Berhad
Fi Perkhidmatan
- Wasiat Islam : RM350
- Wasiat Bukan Islam : RM350
Faedah Penulisan Wasiat
- Memudahkan pengurusan dan pentadbiran harta pusaka selepas kematian
- Menzahirkan hasrat pengagihan harta untuk tujuan kebajikan dan keluarga tersayang.
- Menjamin masa depan insan yang anda sayangi dengan pembahagian yang dihasratkan.
- Perlantikan Penjaga yang dipercayai bagi menjamin kebajikan dan kepentingan anak-anak bawah umur selepas kematian.
- Mengurangkan beban-beban yang terpaksa ditanggung oleh waris-waris yang ditinggalkan.
*Sumber:Amanah Raya Berhad
Koperasi telah berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia dalam bidang bekalan/perkhidmatan kepada badan-badan Kerajaan, Badan Berkanun dan syarikat swasta di bawah kepala dan sub kepala seperti berikut:
Kod Bidang |
Keterangan |
010102 | Bahan bacaan |
020403 | Bahan pencuci dan pembersihan / Cenderamata dan hadiah |
221305 | Penyediaan pentas/pameran, pertunjukan, taman hiburan |
221501 | Perabut / Kelengkapan |
221511 | P. A Sistem dan alat muzik |
222001 | Media elektronik (tidak termasuk kerja percetakan) |
222002 | Media cetak (tidak termasuk kerja percetakan) |
222003 | Bill Board |
Tabung Perlindungan Anggota (TPA) merupakan satu skim khas yang memberi perlindungan ke atas anggota dan keluarga anggota disebabkan kematian, kehilangan upaya kekal dan menyeluruh, kemasukan hospital dan 36 jenis penyakit kritikal serta manfaat persaraan.
Siapa yang boleh menyertai skim ini.
- Anggota dan kakitangan yang berumur kurang daripada 55 tahun adalah layak menyertai skim ini.
- Anggota mestilah menyertai skim ini terlebih dahulu untuk membolehkan pasangan/anak-anak anggota menyertai skim ini.
- Anak-anak mestilah berumur di antara 30 hari hingga 19 tahun atau 23 tahun yang menuntut sepenuh masa. Hanya anak-anak yang belum berkahwin dan tidak bekerja sahaja boleh menyertai skim ini.
Had maksima perlindungan.
- Caruman minima sebanyak RM10.00 sehingga maksima RM50.00 sebulan.
Lain-lain manfaat.
- Bantuan khairat kematian sebanyak RM2,000.00.
Terma & syarat
- Maksima RM10,000.00 dengan penjamin.
- Tempoh bayaran balik bagi pembiayaan di bawah RM5,000.00 adalah 48 bulan, manakala pembiayaan RM5,1000.00 ke atas adalah sehingga 84 bulan
- Keuntungan 9% setahun.