Bilangan anggota yang berdaftar sehingga 31 Julai 2006 adalah seramai 10,661. Kemudahan dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh KJCPMB boleh diperolehi dengan cara menjadi anggota KJCPMB terlebih dahulu. Keanggotaan koperasi ini terbuka kepada semua pegawai dan kakitangan kerajaan, badan berkanun, syarikat–syarikat kerajaan dan syarikat swasta. Syarat-
syarat keanggotaan adalah seperti berikut :-
- Warganegara Malaysia
- Berumur 18tahun hingga 50tahun
- Bekerja tetap sepenuh masa dan mempunyai pendapatan RM300.00 sebulan.Bekerja belum setahun hanya layak menjadi anggota KJCPMB tanpa meminjam / menjamin (boleh mencarum untuk tabungan simpanan sahaja)
- Bukan seorang terhadapnya masih berkuatkuasa suatu sabitan bagi kesalahan boleh daftar, atau tidak upaya dari segi mental, atau bankrap yang belum dilepaskan, atau pernah dibuang daripada keanggotaan mana-mana koperasi dalam tempoh satu tahun
|