| |
   
Sejarah Koperasi

The Mercantile Thrift & Loan Society Ltd. telah ditubuhkan pada 17 Mac 1925 oleh Mr. Majorbanks. Pada ketika itu, beliau adalah merupakan pengasas dan juga Presiden manakala Timbalan adalah Encik S.Y. Chan. Nama koperasi ditukar kepada Koperasi Mercantile Berhad (KMB) pada tahun 1987. Seterusnya, pada tahun 1990 nama koperasi sekali lagi ditukar kepada Koperasi Jimat Cermat Dan Pinjaman Mercantile Berhad (KJCPMB).  


Mr. Majorbanks
(Pengasas)

Koperasi ditubuhkan di bawah Enakmen Syarikat Kerjasama 1922 di Malaya oleh penjajah British bagi mengatasi masalah kemelesetan ekonomi dan sosial orang Melayu serta buruh India ketika itu. Sepanjang tahun 1922 hingga 1941, pembangunan koperasi meleset kesan daripada Perang Dunia Kedua dan juga pemerintah Jepun pada tahun 1945. Gerakan koperasi beransur pulih apabila Akta Koperasi digubal semula oleh British pada tahun 1948 hingga tahun 1950an.

 
Sejak ditubuhkan, aktiviti utama koperasi adalah memberi kemudahan pinjaman/pembiayaan kepada anggotanya di samping memupuk sifat berjimat-cermat dan merancang kewangan untuk persediaan masa akan datang serta kemudahan-kemudahan lain yang disediakan untuk anggotanya.

   

 

© Hak Cipta Terpelihara 2008. Koperasi Jimat Cermat dan Pinjaman Mercantile Berhad.